Tuesday 16 December 2008

Monday 15 December 2008

Asal usul manusia.



Bumi telah terhampar 1000 tahun sebelum manusia dicipta.Lalu Allah memerintahkan malaikat turun kebumi untuk mengambil bongkahan tanah dari setiap pelosok bumi.Malaikat terus turun kebumi untuk mengambil bongkahan tanah yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis.Ada tanah liat, tanah hitam, tanah lembik, tanah yang berwarna putih, merah, kuning dan lain-lain.
Lalu dibawa naik kelangit dan Allah memerintahkan agar malaikat mencipta tanah yang telah diambil dari bumi untuk makhluk baru yang akan menghuni bumi bernama manusia.

Onta oh Onta

Onta adalah salah satu haiawan yang disebut dalam al-Quran. Binatang ini dapat bertahan untuk hidup seminggu tanpa makan dan minum, ini kerana ia dapat menyimpan makanan didalam temboloknya dan memamahnya balik selama seminggu.

Pelik tapi benar.


Pada hari raya ied adha yang baru lepas saya dan istri pergi balik Medan, Sumatera Utara untuk berhari raya dengan keluarga disana sambil menyembelih lembu dan kambing.Lembu yang disembelih sebanyak 19 ekor dan 1ekor kambing biri-biri.Penyembelihan haiwan tersebut pada awalnya berjalan lancar, namun ketika lembu yang ke 11 akan disembelih tiba-tiba ia meronta-ronta dengan ganasnya sehingga orang yang ditugaskan untuk memegang talinya tercedera ditanduk oleh lembu ganas tersebut. Akhirnya lembu tersebut lepas dan lari jauh sehingga beberapa petugas berusaha untuk menangkap lembu ganas tersebut tetapi ia mengamuk dan menanduk sesiapa sahaja yang menghampirinya.Untunglah berkat bacaan surah al-Lahab dapat menjinakkan lembu ganas tersebut.Dengan perlahan dan menyerah lembu tersebut dapat dijinakkan dan akhirnya dapat disembelih jauh dari tempat penyembelihan sebenar.

Bush & Baling kasut


hari ini saya amat gembira pabila Bush kena baling kasut ketika ia sedang berucap dihadapan para wartawan yang sedang menghadiri sesi pertemuan dengan beliau.Tradisi baling kasut adalah merupakan satu simbol penghinaan bagi bangsa Arab terhadap orang yang mereka musuhi dan sekaligus menunjukkan sikap tidak suka terhadap seseorang yang melampau.