Monday 15 December 2008

Pelik tapi benar.


Pada hari raya ied adha yang baru lepas saya dan istri pergi balik Medan, Sumatera Utara untuk berhari raya dengan keluarga disana sambil menyembelih lembu dan kambing.Lembu yang disembelih sebanyak 19 ekor dan 1ekor kambing biri-biri.Penyembelihan haiwan tersebut pada awalnya berjalan lancar, namun ketika lembu yang ke 11 akan disembelih tiba-tiba ia meronta-ronta dengan ganasnya sehingga orang yang ditugaskan untuk memegang talinya tercedera ditanduk oleh lembu ganas tersebut. Akhirnya lembu tersebut lepas dan lari jauh sehingga beberapa petugas berusaha untuk menangkap lembu ganas tersebut tetapi ia mengamuk dan menanduk sesiapa sahaja yang menghampirinya.Untunglah berkat bacaan surah al-Lahab dapat menjinakkan lembu ganas tersebut.Dengan perlahan dan menyerah lembu tersebut dapat dijinakkan dan akhirnya dapat disembelih jauh dari tempat penyembelihan sebenar.

No comments:

Post a Comment