Wednesday 25 February 2009

Negara Arab tak Boleh Jadi Contoh.

Baru-baru ini saya agak terperanjat dan terkilan membaca sebuah artikel yang ditulis oleh seorang hamba Allah dalam akhbar "Berita Harian" berkaitan isu pembantaian,Pembunuhan Massa, pemusnahan besar-besaran baik bangunan kediaman mahupun tempat ibadah rakyat Palestina dengan menggunakan segala senjata yang canggih termasuklah senjata kimia yang dimiliki oleh rezim zionist Israil seolah-olah perbuatan biadap rezim Zionist Israel laknatullah tersebut dianggap sebagai sesuatu yang legal dan tak perlu diberi komen apalagi memboikot produk yang dikeluarkan oleh konco-konco negara haram Israil dan diimport masuk kenegara kita lalu dimakan oleh rakyat Malaysia.Seolah-olah kita berkata sambil kita makan
" Burger King dan minum Pepsi Cola " ataupun kita masuk kekedai "MacDonald" ataupun kita lepak-lepak di kedai " Star Buck " lalu kita berkata " Buat ape aku nak sebuk-sebuk jaga hal orang Arab Palestina, kan dah ada Negara Arab yang dekat seperti Arab Saudi, Mesir, Libya, Iraq, Maghribi, Tunis, Al-Geria, Qatar,Kuwait dan banyak lagi.Buat ape aku nak Boikot makanan Mat Saleh ???? nanti kalau boikot kita kehilangan pekerjaan.nampak sangat semangat Jihad kita hanya 2 Peratus sahaja.Kita takut kehilangan Job, kita takut miskin,kita takut kehilangan pelanggan,kita takut mati, kita takut.............. semuanya kerana isu kebendaan, kerana materialism, kerana periuk nasi.Inilah Mentaliti Ummat Muhammad hari ini.Padahal nabi Muhammad Bersabda : "Man lam Yahtam Biamril Muslimina fa laisa Minhum" yang Mafhumnya : Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap ummat Islam yang ditindas maka bukanlah ia termasuk dalam kategori ummat Islam itu sendiri " marilah kita berjihad dengan tidak melihat kepada contoh Negara Arab itu sendiri,lupakanlah kebendaan jika kita ingin berjihad.Fikir-fikirkanlah.

2 comments:

  1. Orang Arab tu memang! Sesama Islam tapi dilebihkan sokongan kepada orang kafir orang Arab ni! Tanggungjawab kita kena sedarkan mereka yang diorang tu tak betul! Hidup Ustaz!!!!!

    ReplyDelete
  2. ustaz, nampaknya marah sungguh kepada hamba Allah itu. elok juga kalau ustaz tazkirahkan dia sekali-sekala

    ReplyDelete