Saturday 4 April 2009

Pluralisme & Liberalisme

PLURALISMA –
ancaman baru terhadap Islam
Dalam kehidupan di dunia ini kita menghadapi banyak kepercayaan agama, ideologi, latarbelakang sosial, etnik dan sebagainya. Di banyak tempat di seluruh dunia ini nilai-nilai pluralisma ini sering mencetus perpecahan, pergaduhan malah peperangan, justeru pluralisma itu ertinya bukan satu, tetapi banyak (plural), sudah tentu mengandungi nilai-nilai yang sama atau berbeza.

Bagi bangsa yang pandai dan matang cara berinteraksi, bangsa atau negara itu akan aman. Demikianlah sebaliknya. Apabila hal kepelbagaian ini dihubungkan dengan agama secara khusus, maka ia bererti bahawa dunia aini memiliki banyak agama dan kepercayaan. Tiap penganut ada persepsinya sendiri. Bagi pejuang pluralisma dan liberalisma ini, syurga bukan untuk umat Islam sahaja, malah terbuka kepada semua penganut agama atas dunia asalkan mereka membuat kebaikan.

SEJARAH dan PUNCA TIMBUL LIBERALISMA dan PLURALISMA

Liberalisma iaitu kebebasan berfikir dan bertindak individu tanpa had adalah satu fahaman yang muncul di Eropah asalnya, dan bukan dari dunia Islam. Fahaman ini menyerap ke dalam masyarakat Islam melalui proses penjajahan dan pembaratan sekitar abad ke 16/17.

Pengasas Liberalisme dan Pluralisme : Hans Kung, pemikir agamawan Catholic Switzerland. President, Foundation for a Global Ethic; Immanuel Kant, ahli falsafah Jerman kurun ke 18. Pengaruhnya meluas di kalangan pemikir moden Eropah yang dikenali sebagai pencetus Enlightenment (pencerahan); John Locke, ahli falsafah British. Penulisannya bertajuk 'Voltaire' & 'Rousseau', berpengaruh di Amerika, yang diterjemahkan dalam 'the American Declaration of Independence'.

Reaksi umat Islam kemudiannya pada abad ke 18/19 terpecah dua kelompok; Pertama, kumpulan yang menolak pengaruh barat dan Kedua, kumpulan yang menerima. Kumpulan tradisionalis yang berpegang kepada asas-asas fundamental Islam, menolak dan menentang.

Kumpulan kedua yang lazimnya mendapat pendidikan Barat atau liberal dan terpegun dengan kemajuan Barat yakin bahawa apa yang datang dari Barat baik belaka, kita diminta meniru dan mendewakan Barat. Hal ini berlaku di seluruh dunia Islam.

Mengapa timbul di Barat?

Masyarakat Eropah mempunyai sejarah hidup dan pemikiran mereka sendiri. Selama 1000 tahun (abad ke 5-ke 15) mereka dicengkam kuat oleh agama Kristian Katholik, Kristian kontrol kepercayaan, ilmu, dasar dalam dan luar negeri. Kristian Katholik yang berpegang kepada dasar bahawa mereka adalah wakil Tuhan di bumi, memaksa semua lapisan masyarakat agar patuh kepada kuasa agama dan gereja.

Hak asasi gereja ialah meletakkan dasar-dasar kehidupan, pentadbiran, ekonomi hinggalah kepada akhlak dan kehidupan individu. Kumpulan bangsawan, ahli perniagaan, ilmuan dan orang awam dikongkong dan tugasnya ialah patuh dan turut ketentuan gereja.
Kitab Injil tidak boleh dibaca, apalagi untuk mentafsir. Perempuan adalah najis, tidak boleh baca atau pegang Bible. Akhirnya semua kumpulan masyarakat bangun memberontak.

Dari dalam Kristian sendiri timbul protes yang serius dan akhirnya lahir Mazhab Protestan. Injil perlu ditafsir semula. Tafsiran lama tidak boleh dipakai lagi. Intelektual pun bangun menulis buku-buku menentang fatwa-fatwa gereja. Nicolai Copenicus, Kepler, Brehe dan Galileo Galilee adalah antara tokoh yang mengkritik otonomi dan tafsiran-tafsiran Gereja Khatolik.

Sehubungan dengan penglibatan intelek mengkritik agama, kumpulan-kumpulan feudal, kemudian kapitalis, kumpulan sosioalis-marxis juga muncul dengan teori dan gerakan yang menentang otonomi Gereja Katholik. Karl Marx menganggap agama adalah candu-masyarakat! Ahli-ahli fikir moden Eropah mempersoal agama dan kriteria kebenaran.Akibat dari gerakan itu, agama dibenci. Kitab agama dikatakan perlu di nilai semula. Kebenaran itu relatif. Semua orang bebas mentafsir agama, atau Tuhan!

Eropah akan terus berada dalam kemunduran jika masih kuat berpegang pada agama. Maka pada akhirnya, akibat banyak penjuru berlaku penentang dan pemberontakan, para penentang ditangkap, dibunuh atau disiksa. Buku-buku yang mengkritik otonomi dan fatwa gereja dibakar.

Buku-buku yang didatangkan dari Timur Tengah hasil tulisan tokoh-tokoh Islam seperti Ibnu Rusyd diperintah supaya dibakar. Sebarang wacana ilmu yang mengkritik Kristian diharamkan.Penentangan besar diambil oleh kumpulan cendekiawan. Mereka mula mengkritik agama Kristian dari segenap penjuru. Kitab Injil, yang asalnya juga banyak diubah, dikritik lagi dan lebih mendasar. Kitab Injil sudah jadi macam buku sastera yang dikritik oleh semua peminat. Kandungannya tidak lagi relevan.
Mazhab protestan terus mendapat sokongan. Akhirnya timbul Renaissance. Agama dan Tuhan sudah kehilangan kuasa dan daulat. Kebenaran boleh didapati dari manusia sendiri berasaskan akal rasional atau pengalaman dan bukan teks-teks agama. Ahli falsafah Barat yang memimpin tentangan dan fikiran bebas ini antaranya Rene Descartes (1592-1650), John Locke (1632-1704), Immanuel Kant (1724-1804), David Hume (1711-1776), Auguste Comte (1798-1857), Jeremy Bentham (1748-1832), John S.Mill (1806-1873), Frederich Nietzsche (1844-1900) dan ramai lagi.

Terdapat tiga jenis fikiran-fikiran asas yang diperjuang oleh pemikir-pemikir ini;
Pertama, Tuhan itu tidak wujud atau diragui kewujudannya; Kedua, alam ini wujud secara mekanistik, iaitu hukum alam bukan hukum Tuhan; Ketiga, akal manusia mampu memahami semua masalah manusia, fenomena alam dan lain-lain. Di sini, otoriti agama ditolak.

Berkaitan dengan agama secara khusus, pemikir Barat W.C Smith memperkenalkan slogan "Universal Theologi of Religion". Idea ini menarik pemikir-pemikir Eropah yang lain dalam kerangka dan semangat menolak otoriti agama. Muncul John Hick dan Hans Kung tokoh pemikir Barat sekular dan terus memperpularkan gagasan ini. Gagasan ini memperjuangkan bahawa semua agama boleh diterima dan benar, sebab tujuannya adalah satu, hanya jalannya sahaja berlainan.

Maka popularlah pluralisme'. Tuhan cipta banyak agama menurut mereka untuk kepentingan berbagai bangsa di pelbagai masa dan wilayah. Semua ajaran betul belaka dan semua orang boleh sampai pada Tuhan dengan mengikut jalan mana pun. Oleh itu semua agama di dunia ini menyeru pada Tuhan dan benar belaka. Siapa pun tidak boleh dakwa agama mereka sahaja yang benar dan betul!. Apabila berlaku interaksi Islam-Barat melalui penjajahan dan pembaratan, gagasan liberalisma ini turut sama masuk dan ia subur berkembang dibawah payung sekularisma. Keadaan ini berjalan hingga kini di serata dunia Islam.

IDEA-IDEA UTAMA LIBERALISMA-PLURALISMA (LP)

Di sini diperturunkan sebahagian idea-idea LP ini.
Mengkritik teks Al-Quran.
Antara tokoh utama di sini ialah Nasr Hamid Abu Zaid (Mesir). Beliau bertugas di Universiti Leiden, Belanda. Beliau dihukum murtad oleh Universiti al-Azhar. Beliau kritik Al-Quran dalam bukunya "Mafhum Al-Nas -Dirasat fi'ulum Al-Quran" (kefahaman mengenai Teks - Satu kajian mengenai Al-Quran).
Nasr Hamid ini setuju dengan Frederich Schlie Marcher (1768-1834) yang pernah memberi teori bahawa Al-Quran yang diturunkan melalui Malaikat Jibril a.s. kepada seorang Muhammad yang (sifatnya) manusiawi. Muhammad sebagai penerima pertama adalah penyampaian Teks hal ehwal manusia. Al Qur'an itu bukan Teks Ilahi dalam bentuk asli, tapi telah disaring menurut pemikiran Muhammad. Jadi Al-Quran itu bukan asli seperti yang selamanya kita faham. Apa yang kita pelajari adalah Malaikat membaca ayat-ayat wahyu dan Rasulullah SAW menurutnya dan kemudian dihafal serta dikumpul oleh para sahabat.
Bagi para pemikir LP ini, metod di atas adalah method lama dan salah.
Umpamanya professor pemikiran Islam di Universiti Sorbone, Perancis iaitu Prof. Muhammed Arkoun membawa pendekatan "Makna Teks". Professor Mohammed Arkoun berasal dari Algeria. Menjadi tenaga pengajar di New Sorbonne University of Paris.
Pernah berkhidmat sebagai Fellow di Wissenschaftskolleg, Berlin (1986-1990); Tenaga pengajar di the Institute for Advanced Studies in Princeton, New Jersey, U.S.A (1992-1993); Visiting professor di University of California, Los Angeles (1969), Princeton University (1985), Temple University, the University of Louvain-la-Neuve, Wallonia, Belgium, (1977-1979), the Pontifical Institute of Arabic Studies di Rome dan the University of Amsterdam (1991-1993). Sekarang beliau Professor Emeritus, La Sorbonne sebagai Senior Research Fellow dan member of the Board of Governors of The Institute of Ismaili Studies (IIS).
Beliau juga dikenali antara pelopor Islam Liberal. Perkara ini ada ditulis oleh beliau dalam beberapa buah bukunya seperti "The Unthought in Comtemporary Thought" (2002) dan "Min al-Ijtihad ila Naqd al-Aql al-Islami" (1992). Menurutnya kajian kritis terhadap Al-Quran adalah bentuk ijtihad, (sama seperti pemikir Barat bersifat kritis terhadap Bible).
Arkoun berpendapat wahyu perlu dilihat dalam kontek umum. Ia juga termasuk kitab-kitab agama lain seperti kitab agama Hindu, Buddha, Injil Perjanjian Lama dan Baru.
Ini bermakna kebenaran agama dimiliki semua.Teori mereka ini memberi maksud (i) Muhammad itu pengarang Al-Quran (ii) Syariat juga dicipta oleh Muhammad (iii) Al-Quran tidak suci lagi (iv) semua kitab-kitab tafsir di dunia Islam tidak boleh dipakai lagi (v) Al-Quran perlu ditafsir semula. (seperti laungan terhadap Bible)

IDEA THEOLOGI PLURALIS
Idea ini, seperti yang telah disebutkan di atas, menganggap semua agama adalah sama, sama benarnya dan semua membawa kepada Tuhan hanya jalannya sahaja yang berlainan.
Nama Tuhan boleh berbeza menurut bahasa-bahasa bangsa manusia. Kitab suci pun
boleh berlainan bahasa. Islam mempunyai syariat dan Tariqat. Syariat adalah hukum-hukum lahiriyah, sedangkan tariqat adalah perjalanan hamba menuju Tuhannya dengan cara menyucikan batin dan bersih dari sifat-sifat tercela.
Ini ada dalam semua agama. Persamaan ini akan membentuk hidup yang harmoni, asalkan jangan ego mengatakan akidah atau agamanya sahaja benar, yang lain batil. John Hick pendukung kuat liberalisme mengatakan semua orang boleh masuk syurga tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama. Tuhan boleh dikenali dengan apa sahaja identiti oleh semua penganut agama.
Brahma dan Allah kata mereka adalah Tuhan yang sama, Cuma dilihat dan diucap dengan cara berlainan antara Hindu dan Islam. Tertera dalam Al-Quran. Apakah sifat Brahma, Tuhan dalam Shinto dan lain-lain itu sama dengan sifat-sifat Allah SWT dalam Al-Quran? Apa yang kita faham Allah SWT mempunyai sifat-sifat yang tersendiri seperti Penolakan Syariat Islam. Abdullah al-Naim, seorang penulis berasal dari Sudan telah menulis buku "Toward an Islamic Reformation" (1989).
Abdullah mahu merombak cara berfikir umat Islam terhadap syariat. Syariat hanyalah ciptaan manusia. Ia tidak suci. Perlaksanaan hukum Islam hanya memberi impak counter-productive. Hukum-hukum Islam melanggar Hak Asasi Manusia dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Abdullah terpengaruh kuat dengan orientalis Barat yang bencikan Islam iaitu antaranya Goldziher, Schacht dan Coulsan yang lama menyebut bahawa syariat Islam adalah ciptaan fuqaha selama 300 tahun. Abdullah juga turut bersetuju dan menyebut hal berkenaan.
Kumpulan Islam liberal menggunakan idea ini untuk menolak hukum Islam. Oleh itu Negara Islam pun tidak ada. Mereka sebenarnya gagal membezakan antara Syariat dan Fiqh, Qat'iyyat dan Ijtihadiyat, Thabat dan Mutangaiyirat dan sebagai dalam sistem Ilmu-ilmu Islam. Konsep Ijtihad dalam Islam membuka ruang untuk umat Islam menyusun keputusan baru menurut masalah-masalah semasa.Golongan Liberal ini tidak berminat berpegang kepada hadis nabi. Mereka mempertikaikan kesahihan hadis dan menolak otoritinya.
Di Malaysia kumpulan ini telah menolak hadis. Hadis menurut mereka hanyalah rakaman sejarah masa lalu. Ia boleh dibaca jika perlu. Sedangkan dalam Islam, Allah SWT telah memerintahkan hambanya taat kepada Tuhan melalui patuh kepada Al-Quran, turut dan patuh kepada Rasulullah SAW sebagai Nabi dan juga Rasul. Ijmak para ulamak juga telah diinstitusikan.
Kumpulan liberal ini menolak ijmak. Malah menurut mereka ijmak-ijmak itu adalah ijmak Pak Arab! Kebebasan berijtihad dan penolakan Otoriti Agama. Gologan Liberal ini menolak otoriti agama. Mereka menekankan kebebasan memberi dan menentukan fikiran. Apa pun permasalahan agama, semua orang berhak memberi pendapat. Semua orang boleh berijtihad. Otoriti agama hanya diada-adakan. Oleh itu ulamak pun tidak perlu.
Mereka merujuk kepada analisa-analisa orientalis-kristian, sebab mereka lebih pandai dan lebih kritis. Sedangkan dalam apa ilmu pun ada pakarnya. Dalam agama ada ulamak dan cendiakawan-cendiakawan Islam. Mereka bukan monopoli hal-hal Islam, tetapi ahli atau pakar.

Bersambung Minggu Depan.

No comments:

Post a Comment