Friday 10 April 2009

Sambungan Pluralisma & Liberalisma

LIBERALISMA-PLURALISMA DI ALAM MELAYU IndonesiaDi Indonesia, gerakan Islam liberal ini sudah meluas. Ia diperjuang oleh para sarjana yang mendapat pendidikan Islam dan Institusi Pengajian Islam iaitu Institusi Agama Islam Negeri(IAIN), Universitas Islam Negeri (UIN), Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN), dan Sekolah Tinggi Agama Islam Swasta (STAIS). Mereka ini kebanyakan mendapat pendidikan tinggi agama Islam dalam Negara, Mesir, Amerika dan Canada.Bermula dengan Prof. Dr Harun Nasution, diikuti pula oleh Prof. Dr. Nurcholis Madjid yang pernah melancarkan gagasan sekularisasi untuk kemajuan umat, maka sekarang ini, sarjana-sarjana yang lebih junior memperjuangkan gagasan Islam liberal ini. Dari Liberalisme dan Pluralisme akhirnya mempelopori Islam Liberal. Terdapat ramai cendiakawan yang berlatarbelakang agama, mendukung Liberal-Plural ini.Antaranya: Budhy Munawar Rachman, Alwi Shibab, Luthfi Assyaukanie (editor Jaringan Islam Liberal), Taufik Adnan Amal, Ahmad Baso, Khoirul Muqtafa, Munawar Rahman, Mahrus el-Mawa, Hamami Zada, Ala'i Nadjid(P), Umi Khusnul Khotimah(P), Sri Mulyati (P), Siti Musda Mulia (P), Marzuki Wahid, Abd A'la, Abd Rahman Wahid, Azyumadi Azra, Jalaluddin Rahmat, Nasamuddin Umar dan Ade Armanda.Alwi Shibab (bekas Menteri Agama) menyatakan bahawa pluralisma agama sangat penting. Ia boleh pupuk hidup rukun damai. Alwi mengatakan syariat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW itu tidak menghapus syariat-syariat sebelumnya. Dakwanya Al-Quran itu mendukung pluralisma. Islam tidak hanya diperuntukkan kepada muslim sahaja, tetapi bagi segenap mereka yang percaya pada Tuhan sepanjang sejarah umat manusia.Ini disebabkan oleh makna istilah ISLAM itu ialah berserah diri dan ini berlaku dalam semua agama. Jadi siapa sahaja yang menyerah diri pada Tuhan, bagaimana pun caranya, ia adalah Islam. Bukanlah orang Islam sahaja. Di Barat hal ini sudah lama terjadi. Idea ini pernah dikembangkan oleh Frithjof Schuon dan Syed Hosein Nasr. Mereka merujuk idea kesatuan seperti ini ditahap tinggi (The Transcendent Unity Of Religions) dan penekanan kepada agama Ibrahimiyyah.Di Indonesia hal ini diaktifkan. Alwi terus menggunakan Al-Quran untuk mengukuhkan dakwaan beliau. Ayat 62 surah al-Baqarah dan ayat 69 al-Maidah dijadikan alasan mengukuhkan teori mereka.Ayat ini bermaksud begini:"Sesungguhnya orang yang beriman, orang-Yahudi, Sabi'in dan orang Nashara, barangsiapa yang beriman kepada Allah, hari kemudian, dan beramal soleh, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati" (al-Maidah:69)Pendapat Alwi Shihab dalam hal ini ada ditulis dalam bukunya Islam Inklusif: Prinsip lain yang digariskan oleh Al-Quran adalah pengakuan eksistensi beragama dan dengan begitu, layak memperolehi pahala dari Tuhan. Lagi-lagi prinsip ini memperkokoh idea mengenai pluralisma keagamaan dan menolak eksklusivisme.Dalam pergertian lain, eksklusivisme keagamaan tidak sesuai dengan semangat Al-Quran, sebab Al-Quran tidak membeza-bezakan antara satu komunitas agama dengan lainnya. Prinsip ini digariskan oleh dua ayat Al-Quran,sebuah eksposisi yang jarang sekali terjadi sebuah ayat Al-Quran tampil dua kali dan hampir mirip kata per kata, yang mengatakan:"Sesungguhnya mereka telah beriman, Yahudi, Kristian dan kaum Sabiin. Mereka yang percaya pada Tuhan dan hari akhirat dan berbuat kebaikan, akan menerima pahala dari Tuhan mereka. Mereka tidak akan rugi dan tidak akan berdukacita". (al-Baqarah : 62, al-Maidah : 69)Prof Dr. Nurcholis Madjid.Terdesak kepada masalah hubungan antara kaum dan agama yang menyesakkan di Indonesia, Nurcholis Madjid merujuk Al-Quran bagi mendapat jalan penyelesaian. Beliau telah merujuk kepada (surah al-Ankabut 29;46), al-Maidah 44,45,46,47,48,66 seterusnya al-Nahl 16;28 bagi mengesahkan bahawa memang Allah SWT cipta kepelbagaian dan semuanya, katanya (muslimuh), menggunakan pelbagai cara dan kaedah menuju Tuhan.Dia amat yakin terhadap ketulinan kitab Taurat dan Injil hari ini Tulin/asli seperti yang benar-benar terjadi sewaktu diturunkan dahulu?Kelihatan Nurcholis terlalu konfiden yang dua kitab itu serta suruhan-suruhannya itu asli dn tulin betul!. Soalnya apakah kita memiliki rekod catatan sebenar kitab-kitab sebelum Al-Quran itu? Akhirnya menurut beliau "Oleh kerana itu, mari kita sambut hari esok dengan kepala tegak, bibir tersenyum sambil menyapa tanah air yang kita cintai bersama-sama dengan lambaian kasih sejati. Kita tunjukkan kepada dunia bahawa bangsa beradap, bangsa yang berperikemanusiaan dan berperikeadilan. Lupakan permusuhan dan pertikaian yang menganjal di dada. Hapuskan dendam dan kebencian yang tersimpan di hati. Tegakkan perdamaian abadi dalam kekudusannya". (Pendahuluan untuk buku Pluratitas AGAMA : Kerukunan dalam keagamaan. 2001. Jakarta. Kompas. 1-8) Editor : Nur Ahmad.Mengapa hal-hal yang menggugat aqidah ini bertapak di institusi pengajian Islam di Indonesia?Hartono Ahmad Jaiz dalam bukunya Ada Pemurtadan di IAIN (2005) ada menyebut bahawa... "mengesakan Allah SWT, metodnya sudah ada tinggal mengikuti Rasulullah SAW. Pendidikan Islam hakikatnya adalah mengajak kepada Tauhid itu sendiri tidak diajarkan. Hanya ilmu kalam, yang itu termasuk dalam sejarah pemikiran Islam. Pada hal Tauhid inilah landasan paling utama. Bila landasannya ini salah, maka rosaklah agamanya".(xxxi)Al-Quran sendiri pun diajar metod baru untuk tafsirnya. Cara baru itu disebut "hermeneutika" iaitu metod yang digunakan untuk tafsir Bible oleh pemikir Kristian. Metod ini diajar di Universitas Islam Negeri Jakarta dan IAIN Yogyakarta. Jika metod mengkritik Bible sudah diajar kepada Mahasiswa di IAIN, sudah tentu bertambah luaslah kritikan terhadap Al-Quran dan Rasulullah SAW, dan bertambah luaslah sikap ragu-ragu (skeptis) terhadap Al-Quran.Al-Quran bukan lagi kalam Allah sebaliknya teks dari Muhammad SAW. Perkara-perkara pelik diamal di Indonesia.Prof Dr Nurcholis Majid, Prof di IAIN Jakarta, pengasas Yayasan Paramadina Jakarta, telah kahwinkan anaknya (perempuan), Nadia dengan lelaki Yahudi di Amerika pada 30 September 2001, tidak dengan Islam, tetapi akad universal iaitu anak manusia dan anak manusia.Dr. Kautsar Azhari Noer, pensyarah IAIN Jakarta (kini UIN) menikahkan Ahmad Nurcholish (muslim) iaitu anggota pengurus YISC (Youth Islamic Study Club) Masjid al-Azhar, kebayoran Baru Jakarta dengan wanita kunghuchu Ang Mei Yong pada Ahad 8 Jun 2003.Dr Zainun Kamal pensyarah UIN Jakarta telah menikahkan wanita muslimah Suri Anggteni Alias Fithri dengan lelaki Kristian Alfin Siagan di Hotel Kristal Pondok Indah Jakarta Selatan. Pengantin diberkati pendeta Kristian. Ijab qabul cara Islam. Dr. Zainun sendiri membimbing mereka.Munawir Sjadzali, bekas menteri agama (1983-1993) memperjuang penyamaan bahagian waris harta antara lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita perlu sama banyak. Sedangkan Al-Quran jelas memperuntukan 1/3 untuk perempuan dan 2/3untuk lelaki justeru tanggungjawab lelaki adalah diri sendiri dan tanggungannya.Al-Quran menyebut (al-Nisa:11)"Allah mensyariatkan bagimu tentang pembahagian pusaka anak-anakmu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua anak peremuan". (Al-Nisa:11).Munawir mahu mengubahnya. Dr. Siti Masdah Mulia, pensyarah UIA Jakarta menyuarakan agar poligami diharamkan sebaliknya menghalalkan nikah berbeza agama.MalaysiaDi Malaysia, apabila institusi-institusi agama, pihak berkuasa dan rakyat terbanyak masih kukuh pegangan agama, kumpulan minoriti ini tidak berani membuat pengisytiharan terbuka. Kerajaan sendiri mengambil berat dalam soal ini. Ada idea-idea yang menggambarkan mereka ada umpamanya Al-Quran mesti diolah semula. Tafsir Al-Quran banyak ditafsir oleh lelaki.Perempuan perlu tafsir Al-Quran menurut cara berfikir wanita, poligami tidak lagi relevan, lelaki "superior" dalam keluarga juga sudah out-of-date. Hukum Faraid perlu penafsiran baru, sebab hukum itu lebih memihak kepada kepentingan lelaki. Mereka itu menggunakan medium tulisan khasnya dalam bahasa Inggeris untuk mengembangkan idea mereka. Fokus mereka ialah golongan elit berpendidikan tinggi dan mahir berbahasa Inggeris mereka ini mempunyai jaringan dengan gerakan-gerakan luar negara. Mereka juga mengkritik Islam dengan membandingkan dengan gagasan hak asasi manusia.Perlembagaan Negara pun dikritik khasnya hal-hal yang menyentuh Islam. Kumpulan Sister in Islam adalah pendukung kuat gerakan ini.

No comments:

Post a Comment